Kerjaya Adam Corrie

Dragon adalah watak Adam Corrie di dalam filem KL Gangster 1 & 2

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, beliau juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi, antaranya ialah Juara Peter Stuyvesant Dance Competition pada 1995 dan Juara Big 2 World Dance Championship di Filipina pada 1999 dan banyak lagi.

Melalui pengalaman yang telah ditimba, beliau mula menjinakkan diri sebagai koreografer profesional pada awal 1990. Beliau mula mengorak langkah setapak sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu Spinning Gasing pada tahun 1998 (ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee) dan sehingga kini beliau tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kemeja-T di bawah jenama Mr & Mrs Adam Corrie.

Dari 2009 hingga 2013, beliau paling dikenali menerusi kerjasamanya bersama Syamsul Yusof di mana beliau telah berlakon dalam empat filem arahan Syamsul. Dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), beliau memegang watak sebagai John, seorang bapa ayam dan orang kanan Azam lakonan Aaron Aziz.[4] Adam Corrie memegang watak sebagai Alex, ketua samseng dan sindiket dadah dalam filem Evolusi KL Drift 2 yang menjadi kejayaan pecah panggung.[5] Beliau seterusnya memegang watak Dragon dalam filem aksi KL Gangster yang meraih kutipan RM11 juta,[6] Adam Corrie kembali menjayakan semula wataknya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada Oktober 2013.[7]

Rujukan

WikiPedia: Adam Corrie http://www.imdb.com/name/nm1425346/ http://www.straitstimes.com/singapore/brothers-gan... http://www.adamcorrie.my http://www.bharian.com.my/articles/EvolusiKLDrift2... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=12... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=05... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar...